luahan.hati

luahan.hati

Monday, 21 April 2014

Wahai Adinda Ku

wahai adindaku,
diwaktu kau tidur, inilah masanya untukku menatapmu
untuk ku jelaskan cintaku padamu
kerana ku takut esok hari ku tidak sempat ucapkannya


wahai adinda ku,
disaat ku tiada disisi,
jagalah adabmu dan sentiasa ingatiku,
walaupun jasadku tiada, tetapi hati tetap bersamamu

wahai adindaku,
jagalah anak anak kita yang sedang meningkat dewasa

jagalah mereka seperti mana kau menjaga hatimu.
hanya itu sahajalah harta yang aku ada
yang mampu menjamin kebahagiaanmu di dunia

wahai adinda ku,
bukalah mata mu, jangan meratapi mayatku terbujur kaku
relakan lah ku bersemadi di dalam ruang sempit ini
kerna itu sahaja wasiat yang ku mahu.

No comments:

Post a Comment