adakah aku seorang penipu?
bertopengkan senyuman yang nyata palsu
gelak terbahak sesuatu yang tiada lucu
mengukir keceriaan menutup tangisan pilu
bertubi tubi masalah menghampiri
ku mendiamkan diri, genggamnya seperti bara api
biar diguris luka, biar menjadi hitam sampai lebam
biar sembuh sendiri sampai mati
aku tahu dunia sekelilingku kejam
tiada siapa peduli, tiada siapa mengerti
yang pasti bersorak gembira diatas darah merah ini
tak apa! tak apa! tak apa!
usah dilayan anasir anasir itu
pergi jahanam dengan dunia mereka
hanya aku sahaja tahu siapa aku
bukan kekasih, bukan sahabat.
tetapi aku.