luahan.hati

luahan.hati

Thursday, 12 December 2013

Kadangkala Ku Terfikir

kadangkala ku terfikir
lebih baik ku sendiri
daripada terus menunggu dan menanti 
sesuatu yang tidak pasti

kadangkala ku terfikir
mengapa aku perlu bersedih dan menangis?
sedangkan aku bisa berdiri
meniti pelangi yang tinggi

kadangkala ku terfikir
mungkin sudah tiba untuk aku pergi
kerana layanan yang ku terima sebegini
yang hanya mementingkan diri

Wednesday, 4 December 2013

Jalan Ini

Jalan ini penuh luka
dihuni oleh perosak bangsa
jarum dicucuk tanpa mengira masa
menuju jasadnya ke alam durjana

ku terdengar rintihan sayup seorang bayi

mengadu, menangis memecah sepi
namun si ibu terus pergi
menghayutkan diri ke alam fantasi

duhai manusia, mengapa kau alpa?

merosakkan nama, bangsa dan agama
ketuk sahaja kepalamu ke dinding
biar mati, biar lenyap agar senyap

beginilah iblis bertopengkan manusia
lebih bahagia jika menderita,biar sakit asalkan gembira
namun jangan kau menyesal suatu masa
pabila melihat rohmu terbang ke atas sana