kadangkala ku terfikir
lebih baik ku sendiri
daripada terus menunggu dan menanti
sesuatu yang tidak pasti
kadangkala ku terfikir
mengapa aku perlu bersedih dan menangis?
sedangkan aku bisa berdiri
meniti pelangi yang tinggi
kadangkala ku terfikir
mungkin sudah tiba untuk aku pergi
kerana layanan yang ku terima sebegini
yang hanya mementingkan diri
luahan.hati
Thursday, 12 December 2013
Wednesday, 4 December 2013
Jalan Ini
Jalan ini penuh luka
dihuni oleh perosak bangsa
jarum dicucuk tanpa mengira masa
menuju jasadnya ke alam durjana
ku terdengar rintihan sayup seorang bayi
mengadu, menangis memecah sepi
namun si ibu terus pergi
menghayutkan diri ke alam fantasi
duhai manusia, mengapa kau alpa?
merosakkan nama, bangsa dan agama
ketuk sahaja kepalamu ke dinding
biar mati, biar lenyap agar senyap
dihuni oleh perosak bangsa
jarum dicucuk tanpa mengira masa
menuju jasadnya ke alam durjana
ku terdengar rintihan sayup seorang bayi
mengadu, menangis memecah sepi
namun si ibu terus pergi
menghayutkan diri ke alam fantasi
duhai manusia, mengapa kau alpa?
merosakkan nama, bangsa dan agama
ketuk sahaja kepalamu ke dinding
biar mati, biar lenyap agar senyap
beginilah iblis bertopengkan manusia
lebih bahagia jika menderita,biar sakit asalkan gembira
namun jangan kau menyesal suatu masa
pabila melihat rohmu terbang ke atas sana
Tuesday, 29 October 2013
Perempuanku
Perempuan...
Ya, engkau perempuan yang aku cinta
Keranamu hatiku disulam
Umpama bintang yang tak akan hilang
Pertama kali ku bertentang mata
Hatiku di curi oleh sang pencinta
Kini, Malam ku ditemani wajahmu
Yang bersinar takkan ditelan kegelapan
Kesetiaan dan kejujuran amat ku tagih
Segala cerita dan cinta telah ku potretkan
Doaku sentiasa mengiringi jalanmu
Semoga Tuhan merahmati cinta kita
Suatu hari nanti, Pabila ku jauh
Percayalah bahwa kau tetap di hatiku
Kelak, ku akan pulang menjemput cintamu
Hanya untukku, Ya memang untuk ku!
Ya, engkau perempuan yang aku cinta
Keranamu hatiku disulam
Umpama bintang yang tak akan hilang
Pertama kali ku bertentang mata
Hatiku di curi oleh sang pencinta
Kini, Malam ku ditemani wajahmu
Yang bersinar takkan ditelan kegelapan
Kesetiaan dan kejujuran amat ku tagih
Segala cerita dan cinta telah ku potretkan
Doaku sentiasa mengiringi jalanmu
Semoga Tuhan merahmati cinta kita
Suatu hari nanti, Pabila ku jauh
Percayalah bahwa kau tetap di hatiku
Kelak, ku akan pulang menjemput cintamu
Hanya untukku, Ya memang untuk ku!
Wednesday, 16 October 2013
Cinta Sejati
Kita hanya hidup sekali
Namun tiada satu pun yang peduli
Mati semakin menghampiri
Tetapi tiada satu pun mahu mendekati
Hanya satu benda yang terlintas dalam kotak pemikiran
Keseronokan! Keseronokan! Keseronokan!
Tidak pernah kita meletakkan satu perkara dalam hati
Taubat! Taubat! Taubat!
Cinta dengan tuhan
Sesungguhnya boleh menjadi sejati dan abadi
Cinta dengan manusia
Sebenarnya sementara dan tidak boleh dibawa mati
"Nanti kalau sudah tua aku bertaubatlah"
Bila diajak solat ucapan Nantilah didengari
Jika kau mati muda, adakah kau sempat mengenal tikar solat?
Bila nyawa ditarik, bolehkah kau ucap nanti?!
Sesungguhnya manusia tak lari dari melakukan dosa
Apa yang perlu kita lakukan hanyalah kembali padanya
Pintu taubat sentiasa terbuka pada semua
Sebelum matahari terbit dari barat
Sunday, 13 October 2013
Karma
dulu...
aku sering melakukan kesilapan
tiada satu perempuan pun ku layan dengan baik
hanyalah cacian dan makian yang selayaknya bagi mereka
aku tidak pernah menghargai cinta kekasih
yang ku tahu hanyalah mainkan! mainkan! mainkan!
apalah dosa mereka sehingga mereka diperlakukan sedemikian rupa?
mungkin pada waktu itu aku hanya ingin mencari keseronokan semata
kini,
aku sendiri, aku sepi, aku sunyi
ingin sahaja aku berlari satu dunia mengejar mimpi
namun, tiada satu perempuan pun peduli
ya! inilah balasan untukku.
inikah yang dinamakan Karma?
apa yang dibuat pasti mendapat balasan
memang patut aku diperlakukan sebegini
layak dicaci, diherdik dan dimaki
aku terima segalanya dengan hati yang terbuka
kerna kini ku sedar apa itu kehidupan
sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah
tak putus daripada melakukan sebarang dosa
Friday, 11 October 2013
Rumah Ini
Hidupku susah dan dibelenggu kemiskinan
Rumah ini menjadi bukti segala dugaan
Lalang tumbuh dengan liar disekelilingnya
Tiada seorang pun terfikir untuk singgah
Malam aku bertemankan satu cahaya samar
Lilin dibakar bagi menerangi kegelapan
Hanya untuk menelan segala ilmu pengetahuan
Agar ku terus berjaya dalam kehidupan
Masihku ingat satu peristiwa, Ya satu peristiwa!
Dimana suasana dingin mencengkam kalbu
Hujan lebat mencurah membasahi bumi
Dan aku bermandi hujan walaupun beratap nipah
Kini semua itu telah berlalu
Alhamdulillah kehidupan ku tidak seperti dahulu
Namun, aku sering mengunjungi rumah ini
Supaya ku ingat dari mana asal usulku
Rumah ini menjadi bukti segala dugaan
Lalang tumbuh dengan liar disekelilingnya
Tiada seorang pun terfikir untuk singgah
Malam aku bertemankan satu cahaya samar
Lilin dibakar bagi menerangi kegelapan
Hanya untuk menelan segala ilmu pengetahuan
Agar ku terus berjaya dalam kehidupan
Masihku ingat satu peristiwa, Ya satu peristiwa!
Dimana suasana dingin mencengkam kalbu
Hujan lebat mencurah membasahi bumi
Dan aku bermandi hujan walaupun beratap nipah
Kini semua itu telah berlalu
Alhamdulillah kehidupan ku tidak seperti dahulu
Namun, aku sering mengunjungi rumah ini
Supaya ku ingat dari mana asal usulku
Wednesday, 9 October 2013
"Selamat Tinggal Kekasihku"
Kosong, jiwaku terasa kosong
Umpama rumah yang tiada penghuninya
Hanya aku yang berada di situ
Tanpa di temani sesiapa di sisi
Tutupku telinga kecil dengan kedua belah tapak tangan,
Yang ku dengar hanyalah sunyi! sunyi! sunyi!
Tiada satu suara pun didengari
Walaupun suasana bingar menghuni di sini
Tuhan apakah yang harus ku lakukan?
Kalau diberi peluang ingin ku campak hati ini
Ke dasar lautan yang tidak bertepi
Biar tiada seorang pun mengutipnya kembali
Kini ku sedar ku hanyalah seorang manusia
Yang tidak bisa memiliki apa pun di dunia
Cuma yang tinggal hanyalah sekeping nota
Yang tertulis "Selamat Tinggal Kekasihku"
Umpama rumah yang tiada penghuninya
Hanya aku yang berada di situ
Tanpa di temani sesiapa di sisi
Tutupku telinga kecil dengan kedua belah tapak tangan,
Yang ku dengar hanyalah sunyi! sunyi! sunyi!
Tiada satu suara pun didengari
Walaupun suasana bingar menghuni di sini
Tuhan apakah yang harus ku lakukan?
Kalau diberi peluang ingin ku campak hati ini
Ke dasar lautan yang tidak bertepi
Biar tiada seorang pun mengutipnya kembali
Kini ku sedar ku hanyalah seorang manusia
Yang tidak bisa memiliki apa pun di dunia
Cuma yang tinggal hanyalah sekeping nota
Yang tertulis "Selamat Tinggal Kekasihku"
Tuesday, 8 October 2013
Cinta
Cinta.....
Sesungguhnya aku lahir ke dunia atas nama Cinta
Keluargaku terbina kerana cinta
Sungguh ku bahgia dengan kehadirannya
Namun...
Kadangkala ku tidak mengerti akan hadirnya Cinta
Datang tanpa diundang, pergi tanpa di pinta
Soalku sendiri "Mengapa perlu wujudnya cinta? mengapa?"
Mungkin juga manusia tak mampu hidup tanpanya
Tangis, kadangkala ku menangis sendiri
Mengenangkan nasibku yang amat sedih
Bagiku kau hanyalah pembawa segala derita
Yang cuma indah dimata tetapi pedih di dalamnya
Aku bosan, Aku penat!
Menunggu jawaban yang tak kunjung tiba
Mungkin juga aku bodoh kerna terlalu mengharapkan Cinta
atau Patut aku persalahkan cinta?
HIDUP SEORANG HAMBA
hidup...
apakah kita ini sempurna di mata Yang Esa?
sesungguhnya hidup kita umpama tulisan
yang hanya menanti ke arah titik noktah
dosa...
gemar aku melakukannya tanpa berfikir
biasalah manusia mudah alpa
dengan keindahan dunia yang semetara
sepi...
kadang kala ku termenung seorang diri
pabila angin meniup kencang
yang mampu merobek jaring labah labah hitam
soalku sendiri Adakah sudah masa malaikat untuk menjemputku?
mati, ku takut mati,
sedangkan orang yang ingin ke surga tidak mahu mati
namun mati itu adalah sesuatu yang pasti
sesungguhnya alam sana lebih menanti kita
apakah kita ini sempurna di mata Yang Esa?
sesungguhnya hidup kita umpama tulisan
yang hanya menanti ke arah titik noktah
dosa...
gemar aku melakukannya tanpa berfikir
biasalah manusia mudah alpa
dengan keindahan dunia yang semetara
sepi...
kadang kala ku termenung seorang diri
pabila angin meniup kencang
yang mampu merobek jaring labah labah hitam
soalku sendiri Adakah sudah masa malaikat untuk menjemputku?
mati, ku takut mati,
sedangkan orang yang ingin ke surga tidak mahu mati
namun mati itu adalah sesuatu yang pasti
sesungguhnya alam sana lebih menanti kita
Subscribe to:
Comments (Atom)